KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Yaman, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, Malaysia tidak pernah membiarkan rakyatnya di wilayah bergolak sebaliknya akan sentiasa berusaha menjamin keselamatan mereka.
Sejak dua hari lalu, konflik di Yaman memuncak apabila tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi memulakan serangan udara terhadap beberapa kubu kuat kumpulan pemberontak Houthi.
-Berita Harian
Komen & Pendapat