Jenayah

Khalid Samad Ditahan Bantu Siasatan Perhimpunan #KitaLawan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan di bawah Akta Hasutan awal pagi Ahad, berkemungkinan mengenai penglibatan beliau dalam perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu.

Difahamkan Khalid, yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan di rumahnya kira-kira pukul 3.20 pagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menulis di Twitter bahawa dia diberitahu oleh anak Khalid bahawa polis telah datang ke rumah mereka untuk melakukan tangkapan.

Khalid adalah antara beberapa ahli politik pembangkang yang telah ditahan berkaitan perhimpunan tersebut.

Pada Jumaat, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Rafizi Ramli dan aktivis Hishammuddin Rais ditahan menjelang perhimpunan tersebut.

Pada malam Sabtu, ahli sekretariat #KitaLawan Fariz Musa telah ditahan selepas perhimpunan berakhir.

Semua mereka sedang ditahan di lokap balai polis Dang Wangi.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");