Sukan Hari Ini

Kibar Cabaran Tanpa Fauzan

Melaka: Skuad berbasikal negara yang akan menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015) pada 8 hingga 15 Mac ini terpaksa melupakan khidmat pelumba senior, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi.
Fauzan terpaksa diketepikan selepas retak pergelangan tangan kanan akibat terjatuh ketika menjalani latihan di Melaka minggu lalu.
Selepas menjalani pemeriksaan lanjut termasuk menjalani imbasan sinar x di Institut Sukan Negara (ISN), Fauzan dinasihatkan berehat tiga hingga empat minggu.
Tempat Fauzan yang juga ketua pasukan negara bakal digalas Suhardi Hassan selain diperkuat kehadiran Loh Sea Keong, Muhamad Faruq Daud, Mohamad Izzat Hilmi Abd Halil, Muhamad Amer Ahmad Kamal dan Muhamad Ameen Ahmad Kamal.
Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab berkata, gandingan itu diharap mampu memberi cabaran kepada 21 pasukan lain yang memiliki kredibiliti hebat.
Menurutnya, saingan sebelum ini menggabungkan atlet berpengalaman, namun tidak banyak hasil mampu diterjemahkan membolehkan pendekatan baru itu diperkenalkan kali ini.
“Harapan tidak terlalu tinggi diletakkan kepada gandingan ini, namun mereka perlu buktikan bagi memastikan pasukan tidak tersasar dengan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas badan dunia terbabit mewajibkan pasukan negara mengambil bahagian walaupun menurunkan pelumba bukan bertaraf profesional,” katanya pada Majlis Pengenalan Pasukan Malaysia di sebuah hotel, semalam.
Sementara itu, ketua pasukan Suhardi berkata, beliau bersama Sea Keong akan terus membimbing empat pelumba muda itu memenuhi misi menduduki tiga tempat terbaik peringkat Asia.
Menurutnya, walaupun menyedari semua pasukan memiliki pelumba terbaik dan bertaraf dunia termasuk Iran dan China, tidak mustahil semangat juang tinggi mampu memberikan yang terbaik.
“Tidak mustahil pasukan ini menduduki tangga ke-15 keseluruhan menerusi gandingan yang kian serasi walaupun latihan belum mencapai 100 peratus,” katanya.
Kejohanan itu membabitkan lapan peringkat perlumbaan dengan laluan paling mencabar Genting Highlands masih dikekalkan.

-hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");