Berita Hari Ini

Ku Li Gesa PM Dan Anggota Kabinet Isytihar Harta

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan anggota Kabinetnya digesa supaya mengisytiharkan harta dan liabiliti masing-masing bagi membuktikan pentadbiran kerajaan sedia ada mengamalkan tatacara pemerintahan yang baik.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pengisytiharan harta itu perlu dilakukan secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

“Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen di sini, Selasa.

Tambah bekas Menteri Kewangan itu lagi, Najib sendiri perlu memastikan bahawa beliau tidak berada dalam situasi konflik kepentingan dalam pentadbirannya.

“Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius.

“Jadi satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");