Sukan Hari Ini

Lagi insiden perkauman dicetuskan peminat Chelsea

LONDON: Peminat Chelsea sekali lagi didakwa terbabit mencetuskan isu perkauman, menurut laporan yang dikeluarkan media Britain, semalam.

Belumpun selesai isu sama di Paris, rakaman video terbaharu membabitkan peminat Chelsea melakukan perbuatan jijik itu diperoleh akhbar The Sun dan disiarkan menerusi ITV London News.

Video itu dirakam penumpang yang berada dalam kereta api dari stesen Euston London ke stesen Piccadilly Manchester selepas perlawanan final Piala Liga yang dimenangi Chelsea yang menewaskan Tottenham di Wembley, Ahad lepas.

Dalam rakaman video itu, seorang lelaki dapat didengar dengan jelas berkata. “Paris, Paris, Paris, itulah perkara yang kami gemar lakukan, sesuatu n**** di depan pintu.”

Ia merujuk kepada insiden mengejutkan yang menyaksikan sekumpulan peminat Chelsea menghalang seorang pengguna komuter berkulit hitam daripada menggunakan perkhidmatan awam itu di Metro Paris, bulan lepas selepas perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint Germain.

Begitupun, rakaman itu hanya menampilkan kerusi di kereta api itu.

Turut dapat didengar dalam rakaman itu ialah “Tottenham memiliki ramai Y**s,” merujuk kepada peminat berbangsa Yahudi di kelab itu serta “John Terry seorang yang rasis, rasis, rasis.”

Kapten Chelsea, Terry digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris pada Oktober 2012 kepada mengucapkan sesuatu berunsur perkauman kepada pemain QPR, Anton Ferdinand.

Dalam kejadian itu juga, tiga wanita Asia dan seorang lelaki berkulit hitam dilaporkan meninggalkan kereta api itu.

Empat lelaki kemudian ditahan oleh polis yang menaiki kereta api itu dengan kesemua nama dan alamat mereka diambil manakala empat lagi dilepaskan dengan pilihan.

Sarjan Detektif, Michael Maher berkata: “Menerusi akaun yang kami terima, kumpulan itu melaungkan perkataan menghina kepada penumpang lain, dan beberapa perkataan itu bersifat perkauman. Kami dalam proses untuk menyemak rakaman CCTV.

“Begitupun, saya ingin mendengar sendiri daripada mana-mana penumpang yang mungkin merakam kelakuan kumpulan itu dalam telefon bimbit mereka. Rakaman seperti itu adalah penting kepada siasatan kami.”

Chelsea dalam pada itu berkata akan membantu siasatan polis. “Kami akan membantu Polis Pengangkutan British dengan siasatan mereka, dan usaha mereka untuk mengenalpasti individu yang terbabit. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");