Perak Hari Ini

Lapan Cedera Kereta, Van Bertembung

PANTAI REMIS: Lapan orang cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain, dekat sini, jam 8 pagi tadi.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, kejadian itu berlaku di Jalan Changkat Kruing.

IMG-20150311-WA0004

Kemalangan tersebut melibatkan dua kenderaan jenais Perodua Myvi dan sebuah van yang membawa warga asing, katanya lagi.

“Mangsa yang cedera melibatkan pemandu Myvi dan lima lelaki warga asing serta dua lelaki berbangsa Cina,” tambahnya.

Pihak penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dengan menggunakan peralatan khusus sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

IMG-20150311-WA0006

Operasi yang tamat sekitar jam 8.25 pagi tadi diketuai PPGB Amir Ahmad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");