Perak Hari Ini

Lelaki Maut Kemalangan Babit Kereta, Lori Di Jalan Ulu Dedap

TELUK INTAN: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan jalan raya berhadapan Restoran Gulam Rasul, di Jalan Ulu Dedap, dekat sini, pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 5.51 pagi tadi.

“Seorang lelaki berbangsa Melayu maut dan seorang lagi cedera,” katanya.

Tambah sumber lagi, kemalangan itu melibatkan sebuah lori dan kereta Proton Iswara yang menyebabkan pemandu tersepit dalam kenderaan yang dinaiki.

Pihak penyelamat menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi menyelamat sekitar jam 8.10 pagi tadi diketuai oleh PB Sharifuddin Jubri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");