Isu Panas

Lim Kit Siang tidak konsisten cadang PR gabung dengan BN

KOTA BHARU, 27 Mac:

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak konsisten.

Menurut beliau, cadangan Lim untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah tema ‘Save Malaysia’ antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN), bertentangan dengan pendirian DAP sebelum ini.

“Dia nak bergabung juga? Bila kita cadangkan kerjasama kerajaan dengan kerajaan, dia tak mahu pula. Saya tak fahamlah.

“Pandangan dia ini bercanggah dengan kritikan dia terhadap PAS, yang mana baru-baru ini, dia kritik PAS, dia kata kalau lulus hudud, hari Rabu ini bermulalah kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO.

“Jadi, tiba-tiba pula dia cadangkan PR bergabung dengan BN, jadi dia ini bercanggah dengan diri dia sendiri dan menunjukkan sikap tidak konsisten oleh Lim Kit Siang,” katanya kepada The Rakyat Post.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Lim untuk mewujudkan kerajaan baru yang dibentuk melalui gabungan PR dan BN.

Cadangan itu dibuat, bagi menyelamatkan negara daripada konflik politik antara kedua-dua parti yang disifatkan beliau semakin buruk.

Kemuncak pertentangan antara DAP dan PAS berlaku, apabila kerajaan negeri Kelantan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), pada 18 dan 19 Mac lalu.

Susulan itu, Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyarankan penubuhan ‘Save Malaysia’ ketika berucap di Majlis Makan Malam DAP yang diadakan di Bukit Bintang, sebelum ini.

Menurut Mohd Amar, percanggahan antara DAP dan PAS boleh diselesaikan, jika ada sikap bertolak ansur antara semua pemimpin.

“Dia begini isu dia, kalau setiap parti boleh bertolak ansur, sebab kita sudah ada persetujuan ‘agree to disagree’, itu yang saya cukup ingat,” jelasnya.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");