Isu Panas

Mahasiswa hantar petisyen mohon pengampunan Diraja untuk Anwar

KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa hari ini telah menghantar petisyen memohon pengampunan Diraja ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Ammar Atan berkata petisyen ini adalah untuk memohon jasa baik DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk memberikan keadilan kepada Anwar.

Petisyen ini dihantar atas alasan pemenjaraan yang dikatakan bersifat tahanan politik, percubaan menghalang suara ketua pembangkang, dan kecaman antarabangsa serta pembelaan daripada penganiayaan konspirasi politik ke atas Anwar, kata Ammar dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Kami menerima bahawa mahkamah adalah tempat menjatuhkan keputusan hukuman terakhir namun begitu Yang di-Pertuan Agong adalah puncak mahkota dan payung keadilan.

Petisyen ini dihantar oleh 26 orang mahasiswa yang berkata mewakili pimpinan mahasiswa universiti termasuk Universiti Malaya.

-Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");