Berita Hari Ini

MAS pasang sistem penjejak pesawat

PUTRAJAYA – Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) telah memperkenalkan sistem muat turun data penerbangan setiap 15 minit bagi penjejakan pesawatnya mengikut masa nyata.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau telah mengarahkan MAS memasang sistem penjejakan pesawat itu sebagai langkah meningkatkan keselamatan pesawat, susulan Malaysia merupakan penyokong kuat bagi penggunaan sistem penjejakan masa nyata itu susulan insiden pesawat MH370 hilang setahun lepas.

“Muat turun data setiap 15 minit, amat hampir dengan masa nyata. Bagi pesawat dan industri penerbangan, muat turun isyarat dan pemprosesan data setiap 15 minit adalah amat penting,” katanya pada taklimat media bersempena genap setahun insiden MH370 hilang.

Penerbangan MH370 membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, Malaysia ketika ini bekerjasama dengan Australia bagi penggunaan sistem penjejakan pesawat itu dan menyambut baik usaha Australia untuk menambah baik sistem itu. – Bernama

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");