Jenayah

Maut panjat tembok longkang

Kuala Lumpur: Hanya kerana panik ditahan polis, seorang lelaki warga Nigeria maut sejurus terjatuh ke dalam longkang besar di Jalan Laman Rimbunan Raya, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, ketika sepasukan anggota polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota polis itu kemudian terserempak suspek bersama dua lelaki Afrika lain di kawasan itu.

“Seorang rakan suspek menunjukkan pasport dimiliki manakala mangsa bertindak melarikan diri meninggalkan kawasan itu.

“Anggota polis yang meneruskan rondaan bagaimanapun terserempak semula dengan mangsa dan seorang lagi rakannya tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, suspek sekali lagi bertindak melarikan diri dengan memanjat tembok longkang berhampiran.

“Anggota polis URB kemudian terdengar seorang lelaki meminta tolong di dalam longkang besar sedalam lebih lima meter itu.
“Mereka kemudian terkejut apabila menemui mangsa terjatuh dan terbaring di dalam longkang itu,” katanya.

Menurutnya, anggota polis kemudian membantu mengeluarkan mangsa selain menghubungi ambulans.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah mati sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");