Jenayah

Mayat pekerja bot tunda lemas ditemui

JOHOR BAHRU – Mayat pekerja bot tunda yang dilaporkan terjatuh di Jeti Pelabuhan Pasir Gudang ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 6.57 pagi, semalam.

Mangsa, Steven Muya Ukan, 19 yang juga kakitangan PG Launch Services Sdn Bhd terjatuh ketika menjalankan kerja mengikat tali bot sebelum disedari tekong bot terbabit turut berada dilokasi sama dalam kejadian malam Isnin lalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat operasi mencari dan menyelamat dilakukan hampir 24 jam bermula pagi kelmarin.

Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian yang juga tekong bot memaklumkan mereka baru tiba di jeti dan mangsa sudahpun mengikat tali bot di bahagian hadapan.

Tekong berusia 80 tahun itu dikatakan nampak mangsa pergi ke bahagian belakang bot untuk mengikat tali, namun apabila diperiksa, tali bot masih belum diikat tetapi mangsa sudah tiada di dalam bot.
Difahamkan, saksi itu cuba mencari sebelum memaklumkan kepada Polis Pelabuhan Pasir Gudang selepas tidak berjaya menemui mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pasir Gudang dengan bantuan tiga bot serta penyelam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, mangsa berbangsa Iban itu dilaporkan terjatuh daripada bot tunda itu kira-kira jam 11.30 malam, Isnin lalu.

“Mangsa hendak mengikat tali bot tunda yang dinaikinya itu di jeti pelabuhan selepas melakukan kerja, namun tiba-tiba terjatuh ke dalam laut,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");