Berita Hari Ini

Najib lancar Pusat Kajian Pondok KUIN

ALOR SETAR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Pusat Kajian Pondok Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang akan bertanggungjawab menjalankan kajian lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia serta luar negara.

Pelancaran Pusat Kajian Pondok sebagai salah satu pusat kecemerlangan KUIN yang akan diterajui Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim, selaku Pengarah yang pertama, berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, di sini.

Sempena majlis itu juga Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KUIN dan YPPM untuk menjalinkan kerjasama lebih erat bagi membela, memperkasa dan pembangunan antara kedua-dua entiti itu.

Dalam MoU berkenaan, KUIN diwakili Rektor, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim, manakala YPPM diwakili Mashitah.

Melalui MoU terbabit, KUIN akan menyediakan kepakaran serta tenaga kerja untuk menghasilkan kajian bersama dengan YPPM untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pendidikan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO kemudian berangkat untuk merasmikan Konvensyen UMNO Kedah 2015 yang berlangsung di hotel sama.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");