Perak Hari Ini

Pekerja Kuari Maut Dihempap Bongkah Batu

IPOH: Seorang pekerja Kuari Mutual Way Line, Simpang Pulai, dekat sini maut apabila jentera yang dinaikinya dihempap bongkah batu ketika bekerja di kawasan itu, pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat, pihak bomba menerima panggilan telefon pada pukul 9.27 pagi.

Katanya, jentera menyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Mangsa, Kannian A/L Karuppian yang berumur 59 tahun maut di tempat kejadian selepas jentera yang dinaikinya dihempap bongkah batu yang besar,” ujar beliau ketika dihubungi PerakToday.com.my.

Seramai 11 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");