Perak Hari Ini

Pelakon Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Oleh: Firdaus Mat Radzi:-

IPOH: Pelakon dan pelawak, Harun Salim Bachik dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Merah, hala arah selatan, petang tadi.

Gambar Allahyarham yang terbaring dimuatnaik dalam laman sosial Facebook menjadi viral sejak kira-kira 30 minit yang lalu.

Berdasarkan maklumat rakan artis, Yatt Hamzah, kejadian itu disahkan oleh anak Allahyarham yang bernama Danial

“Dia masuk toilet dan terjatuh…dia bersama keluarganya,” kata Yatt lagi.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang soleh.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Gunung Semanggol ketika dihubungi PerakToday mengesahkan kejadian itu yang pastinya mengejutkan dunia hiburan tempatan.

Katanya, laporan daripada orang awam diterima antara jam 4.30 hingga 5 petang tadi.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RNR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

PerakToday merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian insan tersayang.

Al-fatihah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");