Perak Hari Ini

Pemandu Maut, Dua Kereta Bertembung

TAPAH: Seorang maut manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan yang dinaiki bertembung dan terbabas dekat Jalan Tapah Road, dekat sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat, kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Proton Waja dan Proton Wira.

“Pemandu kereta Wira disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi mangsa yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam turut  mengalami kecederaan,” katanya.

Menurut sumber lagi, mangsa, Firdaus Ali, 29, disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan oleh para penyelamat daripada kenderaan miliknya yang musnah.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh Pemangku Penyelia, PB Rosli Mohamed, tamat sekitar jam 1.20 petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");