Panasnya Hari Ini

Pembangkang Ketandusan Modal Buat Tuduhan Liar Terhadap Isteri PM

PIHAK pembangkang khususnya pemimpin DAP kelihatannya sudah kekurangan modal untuk menarik perhatian rakyat hingga terpaksa menggunakan sekeping gambar perbincangan tidak rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disalah anggap dan disebarkan menerusi laman media sosial.

Terbaru, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam akaun Facebooknya memaparkan sekeping gambar perbincangan mesyuarat majlis pra-persidangan yang berlangsung di bilik penginapan Perdana Menteri yang turut disertai juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor semasa sesi lawatan kerja di luar negara.

Tanpa mendapatkan pengesahan yang sebenar, Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang bertindak memasukkan gambar perbincangan tidak rasmi itu dengan menulis kenyataan siapa PM M’SIA yang sebenar? Jawab!

Pemimpin pembangkang itu juga menggalakkan pengguna laman media untuk terus menyebarkan gambar tersebut.

Menurut tinjauan Peraktoday.com.my di laman sesawang Facebook milik pemimpin pembangkang itu mendapati ramai pihak mengecam tindakan Kor Ming itu yang disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

Antara komen pengguna Facebook yang menarik perhatian ialah:

“Setuju!!meja ni bukan untuk kabinet meeting.meja ni untuk kabinet planing mcm mana nak rasuah,”.

“bodoh !! kabinet meeting mana ada meja bulat mcmni”.

“Ini time minum dia ambik gambar…. DAP penuh dengan fitnah,”.

Setakat ini, usaha Peraktoday untuk mendapatkan komen Kor Ming mengenai tujuan penyebaran dan maksud sebenar gambar itu disebarkan masih belum berhasil.

Sementara itu, ada juga pihak yang mencabar wakil rakyat pembangkang tersebut agar tampil meminta maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri kerana menuduhnya hadir dalam mesyuarat kabinet kerajaan.

Sepatutnya, Kor Ming menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan secara melulu, kata pihak itu lagi.

“Sudah menjadi kebiasaan Perdana Menteri dan isteri menjemput menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang turut serta sebagai delegasi untuk hadir makan di bilik penginapan,” katanya.

Sebelum hilang rasa hormat kepada pemimpin dan parti pembangkang, Kor Ming harus tampil ke hadapan membuat pembetulan dan permohonan maaf kerana menyebarkan fakta yang memesongkan fikiran rakyat, tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");