Membawang Hari Ini

Pengalaman cemas Izzue Islam jayakan Sunti@ Facebook

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam berkongsi pengalaman mencemaskan sewaktu menjalani penggambaran filem berjudul Sunti@ Facebook apabila kenderaan yang dinaikinya mengalami kebakaran kecil.

“Masa tu kami sedang menjalani penggambaran menggunakan sebuah kereta lama dan secara tiba-tiba kereta tu berasap. Kami yang berada dalam kereta pada ketika itu tertanya-tanya dari mana datangnya asap itu. Kami berhenti di tepi jalan setelah terlihat ada api kecil pada kereta itu.

“Pihak produksi turut berkejar ke arah kami dan memadamkan kebakaran itu. Namun Alhamdulillah semua yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa yang cepat,” kata Izzue ketika dihubungi BH Online, baru-baru ini.

Filem Sunti@ Facebook karya James Lee membariskan Izzue selaku teraju utama serta pelakon seperti Fauziah Gous, Syazwan Zulkifly dan Anas Ridzuan serta ramai lagi.

Sunti@ Facebook mengisahkan mengenai sekumpulan remaja yang menyalah gunakan medium sosial Facebook dan menimbulkan konflik kerana perbuatan yang negatif itu.

Sementara itu, wajah Izzue juga bakal menyerikan slot Iris saluran TV3 setiap Isnin hingga Khamis menerusi drama 20 episod bertajuk Suami Sebelah Rumah.

Drama itu turut menampilkan Ayda Jebat, Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

“Drama rantaian ini diadaptasikan dari novel karya Ana Sofiya. Saya memegang watak sebagai seorang doktor dan mengahwini jiran sebelah rumah.

“Saya mengikut segala syarat yang diberikan oleh Eryna yang dilakonkan oleh Ayda. Drama berunsur komedi ini bersiaran semalam,” kata Izzue.

Jejaka kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu turut berkongsi mengenai single terbaru Forteen berjudul Linangan terakhir yang kini sudah dimainkan di radio sejak 14 Februari lalu.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");