Sukan Hari Ini

Piya enggan pindah

Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi nafi mahu berubah angin dengan menyertai Sabah seperti dakwaan pihak tertentu.

Sebaliknya dia yang mesra disapa Piya nekad meneruskan perjuangan dengan The Red Warriors yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.

Malah katanya, tiada wakil Persatuan Bolasepak Sabah menghubungi atau menawarkan janji tertentu jika dia menyertai pasukan itu.

“Saya belum terlintas nak ke negeri lain. Saya dan rakan sepasukan sudah sebati dengan corak pengurusan KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan).

“Yang pasti, saya akan beri tumpuan penuh terhadap baki perlawanan Liga Super ini dan suku akhir Piala FA. Hal tukar pasukan tiada dalam fikiran saya,” katanya semalam.

Sebelum ini khabar angin di laman sosial Facebook mengatakan pemain berusia 33 tahun itu akan ke Sabah apabila pintu pendaftaran baru pemain dibuka esok.

Laporan itu turut menyebut Piya ‘merajuk’ berikutan sering terpinggir dalam senarai kesebelasan utama Kelantan.

Mengulas mengenai perkara itu, dia berkata, tidak sekali-kali akan membelakangkan Kelantan sebaliknya optimis untuk bersama pasukan itu bagi membaiki kedudukan liga.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");