Jenayah

Rela dipotong

Miri: Seorang wanita warga emas terpaksa merelakan cincin pusaka pemberian suaminya dipotong berikutan jari kanannya membengkak dan menahan kesakitan selama tiga jam, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa berusia 72 tahun dari Promin Jaya Senadin, di sini, dikejarkan ke Hospital Miri oleh cucu perempuannya apabila jari manisnya tiba-tiba membengkak.

Difahamkan, mangsa memakai cincin emas pemberian mendiang suaminya sejak lebih 50 tahun lalu, namun jarinya terasa sakit dan membengkak sejak tiga hari lalu.

Cucu perempuan mangsa berusia 30-an berkata, neneknya memberitahu tidak pernah menanggalkan cincin itu sejak berkahwin.
Katanya, neneknya mengadu kurang selesa dan sakit pada jarinya yang dipercayai mula mengetat.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");