Jenayah

Rumah musnah, tong gas meletup

KUALA KURAU – Letupan gas LPG dipercayai menjadi punca sebuah rumah pusaka hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Parit Mat Ali Tengah, di sini kelmarin.

Cucu pemilik rumah yang enggan dikenali berkata, pada jam 9 pagi itu, neneknya Umi Khalthum Basir, 73, baharu selesai memasak cucur dan menghidangkannya kepada cucu yang bermain di halaman rumah.

Menurutnya, sewaktu menikmati juadah berkenaan, mereka dikejutkan dengan letupan kuat dari arah rumah nenek yang terletak bersebelahan kediaman mereka.

“Saya segera memeriksa keadaan rumah nenek dan mendapati api marak membakar bahagian dapur.

“Nenek pula terkejut apabila diberitahu dan mengakui dia terlupa mematikan api dapur gas,” katanya.

Cucu mangsa berkata, dia kemudian meminta bantuan jiran dan melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Kurau.

Ketua Operasi JBPM Kuala Kurau, PBK II Mohd Sharif Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.06 pagi dan mengarahkan lima anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian serta turut dibantu anggota Bomba Sukarela Kuala Kurau.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");