Sukan Hari Ini

‘Semangat Bangabandhu’ gamit skuad Razip

SHAH ALAM: Kejayaan skuad B-22 menjuarai Piala Emas Bangabandhu 2015 bulan lalu menjadi azimat buat skuad B-22 negara mengharungi kempen kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2016 yang bermula hari ini.

Sebagai permulaan, skuad kendalian Razip Ismail dijadualkan turun ke Stadium Shah Alam bertemu pasukan negara serantau, Vietnam, malam ini.

Walaupun kemenangan dalam Piala Emas Bangabandhu tidak sehebat pertandingan besar lain tetapi kejayaan itu dianggap penting buat menyuntik moral pemain.

Ketika beberapa kekalahan turut dicatat pada perlawanan selepas itu, Razip harus pantas memanfaatkan peluang itu bagi membuktikan khidmatnya masih relevan untuk membimbing pasukan muda.

Selain kejayaan di Bangladesh lalu, barisan muda negara tidak seharusnya melepaskan peluang ini ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Jika dinilai atas kertas, pasukan negara harus meraih mata maksimum pada perlawanan dengan Vietnam kerana lawan itu dijangka menjadi pencabar utama, ketika Jepun mungkin tidak berdepan masalah untuk menjuarai peringkat Kumpulan I.

Dan jika gagal untuk mengejutkan Jepun, tempat kedua dianggap kedudukan realistik buat pasukan negara sambil mengharapkan muncul pasukan di tempat kedua terbaik.

Jika muncul pasukan kedua terbaik daripada semua 10 kumpulan lain sekali gus turut layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya tetap bersikap realistik dan menuntut sokongan daripada penyokong tempatan.

“Saya mengharapkan semangat ketika kejayaan di Bangladesh lalu dapat diteruskan pada kempen kelayakan kali ini. Kita kena ambil segala kesempatan dan kelebihan yang kita ada termasuk beraksi di tempat sendiri.

“Saya percaya pasukan juga sedar situasi ini. Perlawanan pertama cukup penting dan saya harap penyokong dapat hadir ke stadium untuk beri sokongan,” katanya.

HARI INI

Kumpulan I
Jepun mln Macau
(Std Shah Alam, 4 ptg)

MALAYSIA mln Vietnam
(Std Shah Alam, 8.45 mlm)

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");