Jenayah

Seorang maut, empat cedera kereta langgar kerbau

ALOR SETAR – Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat itu melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Km22.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta itu.

Pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Ketika kejadian kelima-lima lelaki itu dalam perjalanan dari Alor Setar menghala ke Bukit Kayu Hitam, katanya. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");