Sukan Hari Ini

Seri 1-1 temu Roma tak gugat kedudukan Juve di puncak Serie A

MILAN: Seydou Keita muncul penyelamat buat AS Roma yang terpaksa beraksi 10 pemain dengan meledak jaringan penyamaan 1-1 ketika menentang Juventus, awal pagi tadi.

Keputusan seri begitupun tidak menggugat kedudukan Juve di puncak Serie A dengan kelebihan sembilan mata berbanding pasukan di tangga kedua.

Penyerang Argentina, Carlos Tevez menjaringkan gol buat Juve yang juga gol ke-15 miliknya musim ini untuk muncul penjaring terbanyak liga Itali itu namun Keita yang juga bekas pemain AC Milan meledak jaringan penyamaan pada minit ke-78.

Keputusan seri itu turut mencatat rekod buat Roma yang melakar keputusan seri enam kali berturut-turut di laman sendiri.

“Dalam perlawanan seperti ini kami tahu ia mungkin akan ditentukan menerusi situasi bola mati dan dengan cara itulah kami menjaringkan gol,” kata pengurus Roma, Rudi Garcia.

“Kami terpaksa beraksi 10 pemain dan ketinggalan satu gol jadi kembali kepada permainan dengan cara seperti itu menunjukkan karektor kami,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali Juve, Massimiliano Allegri berkata pasukannya mengambil satu langkah ke depan dengan keputusan itu namun mengakui perjalanan masih jauh.

“Kami bermain dengan baik hinggalah minit ke-70 dan kami berhenti bermain. Kami perlu mengekalkan tumpuan untuk keseluruhan permainan,” katanya. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");