Membawang Hari Ini

Sharnaaz mengamuk bersebab

KUALA LUMPUR : Tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad mengamuk di laman sosial baru-baru ini kerana berang ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan namanya bagi mengaut keuntungan dengan cara menipu peminatnya di Singapura.

Sharnaaz memilih pendekatan media sosial bagi memaklumkan kepada peminatnya di negara seberang agar tidak terpedaya dengan sebarang promosi yang dibuat oleh pihak terbabit dengan menggunakan namanya.

“Pihak yang menipu itu telah memaklumkan kepada saya untuk membatalkan majlis berkenaan kerana cek yang mereka berikan adalah cek tendang. Kami telah mencapai kata sepakat untuk membatalkan majlis itu.

“Tetapi mereka masih lagi menjual tiket majlis itu menggunakan nama saya. Pihak saya tidak tahu menahu mengenai hal ini dan saya agak marah apabila dapat tahu mengenai perkara itu.

“Rupanya mereka berdua ini memang dah dikenali sebagai kaki penipu. Alhamdulillah, Familia (kelab peminat Sharnaaz di Singapura) tahu mengenai hal ini dan tidak tertipu,” kata Sharnaaz kepada BH Online.

Sementara itu, Sharnaaz sibuk menumpukan perhatian terhadap bisnes kosmetik menerusi syarikat Science Tech Industries.

Jejaka berusia 30 tahun itu bakal tampil dengan produk makanan tambahan bagi lelaki dan perempuan pada bulan April ini.

“Sejujurnya saya memang tak tahu produk kolagen ini tetapi setelah mencuba saya jadi tertarik pula. Boleh dikira ini adalah produk pertama yang saya gunakan kerana ia macam produk ‘fitness’ juga.

“Saya akan menjemput media datang untuk pelancaran produk ini pada 18 April. Malah pembungkusan produk ini juga berbeza dengan produk kolagen di pasaran sekarang,” kata Sharnaaz mengakhiri perbualan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");