Isu Panas

‘Siapa Lim Guan Eng?’

Marang: “Siapa Lim Guan Eng?” Demikian reaksi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang ingin memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama DAP dengan parti itu.

Abdul Hadi berkata, Setiausaha Agung DAP itu tidak berhak menentukan maruah dan masa depan beliau dalam PAS.

“Apa kuasanya (Lim) untuk menentukan maruah dan masa depan saya dalam PAS? Dia tidak berhak walaupun seinci menentukan maruah saya, sebaliknya saya sendiri akan tentukan maruah saya dengan sokongan seluruh rakyat termasuk lebih satu juta ahli PAS di seluruh negara.

“Alhamdulillah, saya dapat menentukan maruah saya dengan pegangan Islam,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerjasama semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) bergantung kepada perlembagaan dan hala tuju perjuangan PAS serta persefahaman mengenai dasar dan matlamat parti sudah ditandatangani membabitkan tiga pemimpin utama termasuk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Lim tidak sepatutnya melenting dengan usul rang undang-undang pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen kerana ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

“PAS berjuang untuk semua kaum, sebaliknya DAP hanya berjuang mewakili kaum tertentu saja.

“Saya perlu bersikap tegas dalam soal ini dan tetap mengemukakan usul rang undang-undang persendirian, dia nak sokong…sokong lah, jika tak nak sokong kita persilakan, tetapi PAS mempunyai kekuatan apabila Dewan Himpunan terdiri daripada masyarakat bukan Islam menyokong agenda perjuangan PAS,” katanya.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");