Sukan Hari Ini

Tak hirau sengatan obor

Georgetown: Kekuatan menahan kesakitan akibat disengat obor membuahkan hasil bagi warga Perancis, Serge Dominichini, 48, apabila dinobatkan juara Berenang Merentas Selat Antarabangsa Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dia menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dalam tempoh satu jam 47 minit dan 22 saat dari Pantai Bersih, Butterworth ke Pantai Northam.

Dominichini berkata, dia tidak membuat persiapan rapi sebelum menyertai pertandingan, namun aktif berenang sejak dua tahun lalu.

“Tidak ada apa-apa kesukaran ketika bersaing namun sengatan obor-obor di kaki dan tangan memang menyakitkan.

“Namun, saya menahan kesakitan itu dan terus berenang untuk mengejar masa. Keadaan laut tenang dan air bersih memudahkan renangan saya,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Hasil kejayaan itu Dominichini membawa pulang piala dan medal serta sijil penyertaan manakala tempat kedua dimenangi Fong Chat Lim dan ketiga Radat Tasim.

Bagi kategori wanita, perenang China, Zhang Yin, 47, menjuarai pertandingan dengan catatan masa dua jam 52 minit 12 saat.

Tempat kedua milik Tan Kuan Ying dan ketiga peserta China, Wei Yuxia.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang Datuk Ong Poh Eng.

Seramai 169 peserta termasuk dari China, Perancis, Singapura dan tempatan mengambil bahagian.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");