Sukan Hari Ini

Tekad Cops!

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tekad meneruskan rentak cemerlang saingan Liga Super dalam kempen Pusingan Ketiga Piala FA apabila berdepan Sime Darby di Stadium Selayang malam ini.

Penolong Jurulatih PDRM Fauzi Pilus percaya The Cops yang kini berada tempat kedua liga dengan sembilan mata berada pada landasan terbaik meraih kemenangan seterusnya menempah slot suku akhir.

“Kejayaan tewaskan Perak Sabtu lalu pasti menaikkan lagi semangat dan motivasi pemain. Untuk itu, saya yakin pemain akan lebih bekerja lebih keras untuk mara ke suku akhir. Tapi, saya percaya pertembungan itu pasti menarik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama Fauzi tetap mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah keupayaan skuad kendalian Ismail Zakaria sebaliknya mahu pemain lebih bijak mengawal permainan dan mempertingkatkan ketajaman jentera serangan.

“Sime Darby ini kita kena anggap kekuatan mereka sama seperti pasukan lain. Kita tidak boleh kata pasukan itu bagus sementara pasukan ini tak bagus.

“Anda sendiri boleh tengok mereka mampu ikat Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu lalu. Itu buktinya mereka ada senjata yang perlu diawasi.

“Oleh itu, tidak kira siapa yang diturunkan selaku penyerang kena ambil peluang menjaringkan gol. Pemain perlu memberikan tentangan yang hebat dan melakukan setiap tugasan secara berpasukan seperti sebelum ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Fauzi turut memaklumkan bahawa pihaknya masih belum pasti khidmat pemain importnya yang juga pemain penting dalam membantu kejayaan PDRM dalam perlawanan sebelum ini, Ashfaq Ali dapat diturunkan atau tidak pada pertemuan itu nanti.

“Setakat ini kita masih pantau dan pada sama menunggu laporan daripada ahli fisioterapi. Tapi saya harap dia mampu diturunkan bagi memperkuatkan lagi jentera serangan kita,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");