Sukan Hari Ini

Tenis: Djokovic mara ke pusingan keempat di Miami

MIAMI: Pemain ranking pertama dunia, Novak Djokovic dari Serbia menghampiri kemungkinan memburu piala keempat pada Terbuka Miami selepas menewaskan pemain Belgium, Steve Darcis 6-0, 7-5.

Pada pusingan seterusnya, Djokovic akan menentang pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov, yang menyingkirkan pemain dari Brazil Thomaz Bellucci 7-5, 6-4.

Djokovic memerlukan masa kurang daripada setengah jam untuk menang di set pertama namun terpaksa kembali dicabar, ketinggalan 5-4 di set kedua, sebelum menyempurnakan permainan untuk menang.

“Set pertama berjaya diselesaikan sepenuhnya, tetapi saya berdepan kesukaran dan tidak menggunakan peluang pada awal set kedua, membuatkan ia sedikit sukar.

“Saya berjaya kembali dalam masa yang betul. Saya menambah keyakinan dan mula bermain sedikit ke dalam untuk mengawal bola lebih baik.

“Tetapi ia masih sukar di set kedua. Namun di akhir perlawanan, ia menghasilkan kemenangan untuk saya,” kata Djokovic.

Sementara itu, pemain Jepun, Kei Nishikori hanya mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengalahkan seorang lagi pemain Serbia, Viktor Troicki 6-2, 6-2, untuk layak ke pusingan keempat.

Pemain utama Asia ini yang berjaya beraksi sehingga peringkat separuh akhir di Miami tahun lalu, berpuas hati dengan prestasinya dalam perlawanan itu.

“Saya bermain baik hari ini, hampir sempurna. Saya teruja bahawa saya bermain baik di sini.

“Ia adalah perlawanan besar hari ini. Saya berasa hebat di gelanggang, jadi sangat gembira untuk menang,” kata Nishikori. -AFP/nst

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");