Perak Hari Ini

The Majestic Station Hotel Dibangunkan Semula Awal Tahun Depan

IPOH: Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan membangunkan semula bangunan bersejarah, ‘The Majestic Station Hotel’ di Stesen Keretapi Ipoh, selewat-lewatnya pada awal 2016.

Menurut sumber Bahagian Perhubungan Awam, Unit Hal Ehwal Korporatnya, bangunan itu dahulunya dikenali dengan nama jolokan ‘Taj Mahal Of Ipoh’.

“Pada akhir bulan November 2011, hotel tersebut terpaksa ditutup apabila tempoh pajakan tamat.

“Pihak RAC sedia maklum mengenai nilai warisan dan sejarah yang dimiliki hotel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada PerakToday.com, hari ini.

Katanya lagi, bagi memastikan ciri-ciri warisan kolonial di hotel tersebut terpelihara, semua kerja pembaikan perlu dibuat dengan teliti.

“Kerja pembaikan ini juga memerlukan peruntukan yang besar kerana keadaan hotel yang usang dan terbiar,” katanya lagi.

Pihak perbadanan katanya, dalam proses melantik perunding bagi mengenalpasti kerja-kerja pembaikan sebelum Hotel Majestic Station kembali beroperasi kelak.

“RAC juga mengadakan perbincangan dengan syarikat dan pemaju perhotelan yang berminat untuk menghidupkan semula kegemilangan bangunan tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");