Perak Hari Ini

Tiada Istilah Mati Syahid Bagi Pejuang ISIS Atau ISIL: Mufti Perak

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan kumpulan militan negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) bukan memperjuangkan Islam sebenar sebaliknya hanya kumpulan penjenayah yang mungkin menggunakan nama Islam untuk mendapatkan pengaruh dan menegakkan keinginan mereka.

Tambahnya lagi, fatwa mengenai perjuangan IS ini tidak direstui oleh seluruh negara Islam malah pelantikan khalifah juga tidak diketahui atas persetujuan siapa.

“Islam agama yang membawa rahmat dan Nabi sendiri sewaktu hidup dan dalam peperangan sama sekali tidak membenarkan pembunuhan terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan orang yang berada di tempat ibadat,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan yang dilakukan oleh IS juga kelihatan sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kanak-kanak, orang tua dan perempuan disembelih dan ini tindakan ini sama sekali bertentangan dengan cara Islam,” katanya.

Ujarnya lagi, dalam Islam, jika seseorang itu bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh, maka hendaklah ia dilakukan sekali iaitu hukuman pancung.

“Sebalknya IS ini lebih daripada menyembelih kambing, lembu dan lebih buruk daripada perbuatan syaitan….ia bukan daripada ajaran Islam,” katanya.

Nasihatnya lagi, semua ibu bapa dan pelajar perlu memahami maksud perjuangan Islam dan jangan sesekali terburu-buru untuk berjuang atas nama Islam dan mati syahid kerana perbuatan IS itu sama sekali tidak digelarkan mati syahid.

Semua pihak juga katanya, perlu berfikiran waras dan para pendakwah perlu turut menjelaskan isu ini sebaik mungkin.

“Ia perlu agar umat Islam tidak terjerumus dengan perkara tersebut kerana ia lebih buruk daripada maksiat yang wujud dalam negara ini,” katanya.

Ujarnya lagi, negeri Perak bakal menggubal fatwa khusus menolak fahaman mati syahid bagi sesiapa yang menyertai IS yang memerlukan perkenan Sultan Perak dan juga pernilaian terperinci daripada Penasihat Undang-undang sebelum dilaksanakan.

“Fatwa yang telah disediakan pada 23 Febuari lalu akan dibawa kepada perbincangan untuk diwartakan sebagai undang-undang negeri berkaitan agama Islam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");