Jenayah

Tidak mengaku salah aniaya dua beradik

IPOH – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Tertuduh, P Nalani Devi, 26, didakwa telah menganiaya dan membiarkan kanak-kanak perempuan, Nor Sarinya Abdullah, tiga tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Dakwaan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, kedua ibu bapa mangsa, SS Nasavalli, 38, dan Mohammad Hajimeer Dollah, 31, turut dihadapkan ke mahkamah sama atas dakwaan sengaja membiarkan anak bongsunya tinggal tanpa pengawasan berpatutan.

Kedua-dua tertuduh didakwa sama-sama melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 33c Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Suhaima Mohd Noor membenarkan Nalani Devi diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan pasangan tertuduh dibenarkan diikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin.

Di mahkamah majistret lain, Nalani Devi turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan menganiayai kanak-kanak lelaki iaitu abang mangsa yang berusia enam tahun.

Turut didakwa ibu bapa mangsa, Nasavalli dan Mohammad Hajimeer.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya membenarkan Nalani Devi diikatjamin RM20,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan dekati keluarga mangsa sementara pasangan suami isteri itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kedua mahkamah menetapkan keempat-empat kes terbabit di sebut semula pada 29 April ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");