Perak Hari Ini

Tiga Beranak Cedera Ditetak

IPOH: Sebuah keluarga di Taman Maju Rapat, dekat sini, berdepan detik cemas apabila tiga ahli keluarga tersebut cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki kira-kira jam 4 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa lelaki berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang badan manakala anak perempuannya yang berusia 20 tahun cedera di kaki.

Manakala anak lelakinya yang berumur 17 tahun pula cedera di bahagian tangan kiri.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan ketiga-tiga mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Setakat ini, suspek belum berjaya dikesan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");