Perak Hari Ini

UMNO Perak Baris 10 Perkara Perkukuh Kerjasama Jentera Parti

IPOH: UMNO Perak membariskan 10 perkara yang diberi penekanan khusus dalam usaha meningkatkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama jentera parti di setiap cawangan seluruh Perak.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara penekanan yang diberi termasuklah program penambahan ahli dan pengundi serta memperkukuhkan jentera parti tersebut.

“Perkara yang ketiga ialah melakukan audit cawangan, keperluan mendekati pengundi muda, penjenamaan jalinan rakyat serta memperkukuhkan kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

PERAK TODAY 4

Tambahnya lagi, pemantauan kepada kawasan peti undi, bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan program di peringkat akar umbi juga perlu dijalankan selain berikrar untuk terus setia kepada perjuangan parti.

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen UMNO dan perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO cawangan dan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan-cawangan UMNO negeri Perak 2015, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, semua pihak perlu melihat senario politik negara dan negeri dengan berteraskan semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Hakikatnya, negara ini mempunyai kepelbagaian kaum dan begitu juga pandangan politiknya,” katanya.

Tambahnya lagi, kecenderungan pengundi di sesuatu kawasan menunjukkan penurunan kerana tahap sokongan turut berhubung kait dengan demografi negara yang juga berubah.

Katanya lagi, andaian tahap corak sokongan pengundi dan penyokong sentiasa berada pada tahap yang sama tidak boleh digunapakai lagi.

“Kesimpulan tidak boleh dilakukan untuk menolak sama sekali sokongan daripada satu kaum kepada parti ini selain membuat andaian yang bersifat konklusif,” jelasnya.

PERAK TODAY 3

Tambah Zambry lagi, beliau turut memberikan analisis tentang pilihanraya umum.

“Kita tidak boleh bersifat retorik dan hanya memberi fokus kepada perkara yang perlu dilakukan semata-mata,” katanya.

Katanya lagi, perjuangan kini adalah lebih berfokuskan kaedah untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi piliharaya akan datang dan juga berasaskan kepada perjuangan UMNO supaya sentiasa berdamping dengan rakyat.

Gerak kerja UMNO Perak katanya, juga seharusnya tidak lagi berlandaskan kepada penilaian UMNO masih berupaya untuk menang dan mendapat sokongan semua semata-mata.

“Kita tahu kita lemah dan kurang sokongan dan aspek politik berdasarkan kepelbagaian kaum dalam negara akan menjadi fokus dalam konvensyen ini agar kita dapat terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Dijangka Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal merasmikan perasmian penutup konvensyen malam ini yang disertai lebih 5,000 perwakilan daripada 1,732 cawangan di seluruh negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");