Perak Hari Ini

Ustaz Kazim Nafi Punya Akaun Twitter

IPOH: Penceramah bebas, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias menafikan mempunyai akaun Twitter dan laman sosial yang lain kecuali Facebook sahaja.

Katanya lagi, tindakan pihak yang mewujudkan akaun Twitter palsu itu seolah-olah bertujuan menjatuhkan kredibilitinya.

Tambahnya lagi, akaun Facebook tersebut diwujudkan untuk memudahkannya menjawab segala persoalan berhubung isu yang dibangkitkan oleh pengikutnya di laman sosial.

“Setakat ini, saya ada seramai 945,000 pengikut (follower) di Facebook,” katanya.

Beliau mengulas kewujudan akaun laman sosial palsu yang memaparkan tentang hadis-hadis palsu dan komen-komen yang negatif terhadap dirinya, sekaligus boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai penceramah bebas.

Tinjauan Peraktoday.com.my mendapati terdapat 16 akaun Twitter palsu yang menggunakan nama Ustaz Kazim Elias dengan rata-ratanya mempunyai pengikut yang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");