Perak Hari Ini

UTP, Darussyifa’ Lancar I-IRMS Berasaskan Kaedah Islam

OLEH: Norsadrina Ismail; Video: Atiqah Ahmad Sabri; Foto: Shahinaz Che Juari:-

SERI ISKANDAR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) melancarkan aplikasi mudah alih ‘Mobile Islamic Ruqyah Medication System’ (I-IRMS) sebagai panduan penyembuhan penyakit dengan kaedah Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengasas Darussyifa’, Datuk Dr Haron Din di Dewan Canselor, UTP di sini, hari ini.

Aplikasi tersebut akan memberi panduan kepada pengguna untuk mengikuti kaedah ruqyah atau penyembuhan secara terperinci di samping mendengar rakaman doa serta alunan ayat suci Al-Quran yang dibaca sendiri oleh Haron.

PERAK TODAY 1

Beliau turut menyampaikan syarahan umum yang bertajuk “Ruqyah Islam Suatu Perubatan Komplimetari” kepada tetamu yang hadir.

Selain itu, projek IRMS yang merupakan kerjasama antara penyelidik UTP dan Darussyifa’ berperanan sebagai ikhtiar perubatan bagi mengatasi masalah kesihatan umum, fizikal, rohani seperti pelembut dan penerang hati serta yang berkaitan urusan mistik.

PERAK TODAY 3 (5)

Ketua Penyelidiknya , Dr Hanita Daud, berkata aplikasi tersebut telah dibangunkan pada tahun 2013.

“Kita menjalin kerjasama dengan pengasas Darussyifa’ pada awal 2014 dan aplikasi ini memudahkan sistem perubatan Ruqyah secara meluas di seluruh dunia,” katanya.

Kaedah rawatan komplimentari itu tambahnya lagi, masih memerlukan perubatan moden kerana ia hanya salah satu ikhtiar untuk merawat sesuatu penyakit.

“Pada peringkat awal, kita beri tumpuan kepada generasi muda kerana khuatir ia akan dilupakan jika tidak diwujudkan sekarang,” katanya lagi.

Penghidap penyakit kanser katanya lagi, digalakkan mengunakan rawatan itu dengan dengan mempraktikkan bacaan dan didengar secara berterusan.

“Setakat ini, aplikasi merawat penyakit mistik paling mendapat sambutan dan untuk fasa kedua pula, kami akan diperbanyakkan lagi rawatan penyakit mistik yang lain,” tegasnya lagi.

Pengguna yang berminat menggunakan kaedah ini boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play dan Apple Store dengan mencari perisian “Islamic Ruqyah Medication System”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");