Sukan Hari Ini

V Shem, Wee Kiong cemerlang

BEREGU negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tampil dengan aksi cemerlang apabila mara ke suku akhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland selepas menumpaskan pasangan England, Matthew Nottingham-Harley Towler dalam saingan kedua, kelmarin.

V Shem-Wee Kiong tidak berdepan masalah mencatat kemenangan 21-17, 22-20 dalam perlawanan berlangsung selama 29 minit.

Kemenangan tersebut dianggap penebus kekecewaan berikutan kegagalan mereka dalam kejohanan ALL England sebelum ini.

Menurut V Shem, mereka hanya cuba yang terbaik dalam semua perlawanan dan berharap dapat melakukan perkara sama menjelang aksi suku akhir nanti.

“Mereka memang kuat, kami hanya boleh janji untuk memberikan persembahan terbaik,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2014 Incheon itu.

Dalam aksi suku akhir nanti, pilihan keenam itu akan bertemu Takuto Inoue-Yuki Kaneko dari Jepun.

Turut mara ke suku akhir ialah beregu campuran, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho yang mengalahkan pasangan Jerman, Johanna Goliszewski-Carla Nelte 21-16, 18-21, 21-16.

Mereka akan bertemu pilihan kedua, Eefje Muskens-Selena Piek dari Belanda yang sebelum itu menundukkan pasangan England, Heather Olver-Lauren Smith 21-13, 21-16.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");