Perak Hari Ini

Wakil Pembangkang Pakai Pakaian Serba Hitam

IPOH: Wakil rakyat pembangkang tidak memakai pakaian rasmi berwarna putih seperti kebiasaan pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13, yang dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Mereka sebaliknya bertindak mengenakan suit hitam dan sesetengahnya bersongkok manakala anggota pembangkang wanita juga kelihatan tidak memakai pakaian rasmi masing-masing.

Antara wakil rakyat pembangkang yang bertindak sedemikian ialah Adun Kepayang, Nga Kor Ming; Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan Adun Bercham, Cheong Chee Khing.

Tindakan tersebut difahamkan sebagai tanda protes dan bantahan menunjukkan solidariti bersama ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim, ‘orang kena zalim’ (OKZ 13).

Selain itu, bantahan turut diutarakan berikutan tindakan wakil rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan sering di tangkap sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa.

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang  dan cukai GST yang akan di kuatkuasakan 1 April.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");