Jenayah

Wanita, awas ancaman siber!

BERDASARKAN hasil kajian kelolaan Kapersky Lab dan B2B International, pengguna Internet wanita kurang prihatin dalam melindungi diri daripada ancaman siber berbanding dengan lelaki.

Sikap ini boleh menjerumuskan mereka ke dalam bahaya kerana penjenayah siber tidak mengenal mangsa. Hanya 19 peratus pengguna wanita percaya mereka boleh menjadi mangsa penjenayah siber berbanding satu dalam empat (25 peratus) pengguna lelaki.

Malah hasil kajian tersebut menunjukkan secara umumnya, pengguna wanita kurang arif mengenai ancaman siber berbanding dengan pengguna lelaki.

Sebagai contoh, 27 peratus pengguna lelaki dan 38 peratus pengguna wanita tidak mengetahui tentang perisian tebusan (ransomware); 23 peratus pengguna lelaki dan 34 peratus pengguna wanita kurang pengetahuan mengenai perisian hasad (malware); 21 peratus pengguna lelaki dan 34 peratus pengguna wanita kurang pengetahuan mengenai apa itu eksploitasi.

Kurangnya kesedaran mengenai subjek ini menyebabkan pengguna wanita tidak memberikan perhatian secukupnya untuk memelihara diri daripada ancaman siber.

Apabila memberikan kebenaran penggunaan peranti kepada orang lain (kanak-kanak, rakan-rakan, rakan sepejabat dan sebagainya), 36 peratus pengguna wanita tidak melakukan apa-apa untuk memelihara data mereka kerana ‘merasakan tiada risiko’. Hanya 28 peratus pengguna lelaki melakukan sedemikian.

75 peratus pengguna lelaki dan 68 peratus pengguna wanita melakukan salinan sandar. 13 peratus pengguna wanita tidak mempunyai apa-apa penyelesaian keselamatan pada peranti mereka berbanding 10 peratus pengguna lelaki.

Pada masa yang sama, kajian selama 12 bulan itu juga mendapati lebih ramai pengguna lelaki berbanding wanita menghadapi masalah perisian hasad (35 peratus berbanding 27 peratus).

Pengguna lelaki juga lebih berkemungkinan untuk mengalami kerugian kewangan akibat perkara tersebut berbanding dengan pengguna wanita (22 peratus berbanding 19 peratus).

Lazimnya, pengguna lelaki lebih cenderung untuk membeli perisian khas yang direka untuk membersih atau memelihara sistem peranti, manakala pengguna wanita lebih suka untuk mendapatkan khidmat profesional bagi tujuan tersebut.

Terdapat ancaman-ancaman siber yang lebih dialami pengguna lelaki berbanding wanita. Contohnya pada tahun 2014, serangan siber yang menyasarkan data kewangan dialami oleh 47 peratus pengguna lelaki berbanding hanya 39 peratus pengguna wanita.

Ini mungkin kerana pengguna wanita lebih prihatin terhadap keselamatan transaksi kewangan berbanding aktiviti-aktiviti dalam talian yang lain. Kajian ini juga menunjukkan 59 peratus pengguna lelaki dan 64 peratus pengguna wanita bimbang terhadap risiko penipuan sistem perbankan dalam talian, manakala 46 peratus pengguna lelaki dan 51 peratus pengguna wanita merasa terancam semasa melakukan pembayaran dalam talian.

Selain itu, responden wanita lebih bimbang sekiranya mereka di intip melalui kamera web (41 peratus berbanding 38 peratus).

“Dalam kehidupan seharian, semua sedia maklum mengenai kepentingan langkah berjaga-jaga bagi memelihara sesuatu yang berharga. Pemikiran yang sama juga harus diguna pakai dalam penggunaan Internet.

“Pematuhan garis panduan keselamatan dalam talian yang munasabah dapat mengurangkan risiko kehilangan data berharga atau menjadi mangsa penipuan dalam talian,” ujar Elena Kharchenko, Ketua Pengurusan Produk Konsumer, Kapersky Lab.

Kaspersky Internet Security 2015 memelihara pengguna daripada segala jenis serangan siber pada semua peranti, sama ada komputer peribadi Windows, Mac atau Android.

Produk-produk ini mempunyai ciri Safe Money, iaitu teknologi pemeliharaan urus niaga kewangan dalam talian, dan modul Webcam Protection yang memaklumkan pengguna peranti sekiranya berlaku percubaan untuk menyambung kepada kamera web pengguna.

Penyelesaian keselamatan syarikat ini juga mudah dikendalikan walaupun oleh pengguna yang tidak berpengalaman.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");