Perak Hari Ini

Wanita Maut, Dua Cedera Kereta Terbabas

IPOH: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas dipercayai akibat hilang kawalan di KM33.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum kejadian, kereta jenis Honda City tersebut menghala ke Kuala Lumpur dari Ipoh.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan yang mengakibatkan penumpang hadapan tercampak keluar.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa, Zarina Mohd Hasin, 47, mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Kampar untuk rawatan.

Namun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia selepas 90 minit kemalangan maut itu berlaku.

Pemandu, Zulkipli Din, 49, dan anaknya, Zulqashfi Nadzmi Zulkipli, 18, hanya mengalami cedera ringan.

Kenderaan tersebut dilaporkan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Pihak polis berharap agar saksi kejadian dapat tampil membuat laporan bagi membantu siasatan kemalangan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");