Sukan Hari Ini

Young Guns tekad pamer aksi terbaik pentas final

UNIKL Young Guns bertekad tampil aksi terbaik di pentas final Piala Milo menentang juara empat kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolts) di Stadium Hoki Bukit Jalil, petang ini, lapor NURUL RIDUAN NOR ASHAHA.

Perlawanan akhir ini diibaratkan sebagai medan buat Young Guns untuk membalas dendam di mana dalam tempoh lima tahun di pentas final, Young Guns tewas di tangan SSTMI-Thunderbolts.

Pasukan bimbingan I Vikneswaran ini mengesahkan tiket ke final selepas menundukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan agregat, 7-1.

“Tahun ini kali kedua saya berada di pentas final bersama Young Guns. Kali terakhir adalah ketika kami menjuarainya pada 2010.

“Final hari ini adalah cabaran besar buat saya kerana SSTMI-Thunderbolts adalah penghalang terbesar. Jika kami berjaya, ia satu bonus buat kami,” kata Vikneswaran.

Menurut Vikneswaran, biarpun menyedari kehebatan lawan, dia yakin anak buahnya mampu memberikan aksi yang sengit dalam perlawanan akhir itu nanti.

“SSTMI-Thunderbolts adalah pasukan pilihan. Tekanan lebih memihak kepada mereka. Kami hanya mahu tampil dengan aksi terbaik kami,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih SSTMI-Thunderbolts, Wan Roslan Abdul Rahman menjelaskan, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama rata untuk merangkul gelaran musim ini.

“Young Guns sangat bahaya ketika melakukan serangan. Pemain pertahan kami perlu lebih bekerja keras,” katanya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");