Membawang Hari Ini

Zayn keluar One Direction

LONDON, 26 Mac:

Anggota kumpulan band terkenal dari Britain, Zayn Malik mengumumkan keluar dari One Direction.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Zayn berkata selepas lima tahun, dia merasakan sudah tiba untuk dia keluar dari kumpulan berkenaan.

“Kehidupan saya bersama One Direction memang luar dari jangkaan tetapi selepas lima tahun, saya rasa sudah tiba masanya saya meninggalkan band ini.

“Saya ingin memohon maaf kepada peminat yang merasakan saya mengecewakan mereka, tetapi saya perlu lakukan perkara yang saya rasakan tepat.”

One Direction akan meneruskan sesi konsert jelajah dunia dengan empat anggotanya yang lain dan akan merekodkan album kelima mereka, akhir tahun ini.

Minggu lalu, Zayn meninggalkan band itu dalam sesi konsert jelajah dunia kerana tekanan, lapor BBC.

Dia kembali ke Britain selepas dipaka mempertahankan hubungannya dengan tunang, penyanyi Little Mix, Perrie Edwards selepas fotonya memegang pinggan seorang wanita lain, tersebar.

Sekeping foto lain yang diambil dari belakang, menunjukkan Zayn berdiri sangat rapat dengan wanita berkenaan sehingga tangan mereka kelihatan seperti berpegangan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu berkata: “Kami sedih untuk melepaskan Zayn tetapi kami menghormati keputusannya dan mengharapkan terbaik untuk masa depannya.

“Sepanjang lima tahun ini memang menakjubkan – kami menghadapi segala-galanya bersama, jadi kami akan terus bersahabat.

“Keempat-empat anggota band ini akan meneruskan usaha kami dan tidak sabar untuk merekodkan album terbaru dan bertemu dengan semua peminat dalam sesi kosert jelajah dunia akan datang.

Simon Cowell yang mengasah bakat kumpulan muda itu dari rancangan The X Factor berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Zayn atas semua yang telah dia lakukan untuk One Direction.

“Bagi peminat One Direction, jangan risau, Niall, Liam, Harry dan Louise tidak sabar-sabar untuk memberikan yang terbaik demi masa depan kumpulan itu,” katanya.

Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson menandatangani kontrak Syco Records kepunyaan Simon Cowell pada 2010 selepas mendapat tempat ketiga dalam X Factor.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");