Jenayah

12 ditahan sasar bom tempat maksiat

SHAH ALAM – Siasatan terhadap 12 individu yang ditahan mendapati mereka cuba meletupkan beberapa lokasi seperti pusat hiburan, tempat maksiat dan bangunan kerajaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak boleh dedah lokasi sasaran kumpulan berkenaan, namun ia menjurus tempat-maksiat.

“Kita juga dapati kumpulan itu mempelajari teknik membuat bom melalui internet. Mereka mempelajarinya dengan membaca mujahidin manual, buka susah untuk membuat bom,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengambil langkah memperketatkan dan memperkemaskan kawalan serta pemantauan di bangunan kerajaan termasuk balai polis.

“Di seluruh dunia ada ancaman IS, jangan bimbang kita telah ambil langkah pencegahan secara proaktif, saya yakin kita mampu menangani ancaman mereka,” katanya.
Seramai 12 individu berkenaan ditahan di Ulu Langat, kelmarin, polis turut merampas bahan letupan.

Individu yang paling muda di antara mereka berusia 17 tahun, termasuk penuntut universiti, seorang ahli perniagaan dan juru elektrik.

Tangkapan dibuat kelmarin oleh unit memerangi keganasan Cawangan Khas polis. Mereka ditangkap di bawah peruntukan anti-keganasan mengikut Kanun Keseksaan.

Antara bahan letupan yang dirampas ialah 20 kilogram serbuk disyaki nitrat ammonium, 20kg kalium nitrat, dua liter minyak tanah, dua alat kawalan jauh, bateri, mesin berat digital dan lain-lain yang dipercayai menjadi “bahan” dan peralatan membuat bom.

Serangan yang dirancang itu sebagai tindak balas gesaan seorang pemimpin kanan IS di Syria kepada ahli dan penyokong kumpulan itu untuk melancarkan serangan terhadap kepentingan negara-negara Islam sekular yang dianggap sebagai musuh.

Serangan yang dirancang juga bertujuan sebagai tindakan balas terhadap polis bagi penangkapan ahli IS disyaki terlibat dalam keganasan.

Sehingga kini, 107 orang ditahan polis kerana dipercayai terlibat IS.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");