Jenayah

Motor dicuri rakan sendiri

JEMPOL – Persoalan siapa yang mengambil motosikal jenis Yamaha RXZ milik seorang pelajar kolej di sini akhirnya terjawab apabila rakannya sendiri mencuri sebelum ia dijumpai terlerai di Banting, Selangor, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa berumur 18 tahun itu menyedari motosikalnya lesap selepas tamat kelas pada Khamis lalu sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan, kita membuat intipan pada jam 12 malam pada hari Jumaat di kolej tersebut, berdasarkan maklumat yang diperoleh kita berjaya menahan suspek berumur 18 tahun juga rakan sekolejnya kira-kira jam 4 pagi di rumah sewanya di Mahsan.

“Hasil siasatan lanjut, suspek membawa kita ke lokasi motosikal mangsa di Banting, Selangor yang merupakan kampung suspek,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Hamzah berkata, dua rakan sekampung suspek berumur 18 dan 21 tahun turut ditahan di kediaman masing-masing kira-kira jam 7 malam hari yang sama.

“Rakan suspek, seorang pelajar Kolej di Manjung, Perak dan seorang lagi bekerja sebagai buruh, masing-masing ditahan bagi membantu siasatan selain rangka motosikal dan beberapa komponen lain yang telah dileraikan turut ditemui di rumah suspek,” katanya.

Menurutnya, suspek pertama yang ditahan di Mahsan, di sini dipercayai orang tengah sebelum menyerahkan motosikal tersebut kepada rakannya untuk dibawa ke Banting dan dileraikan.

“Semua suspek ditahan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan mereka ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini (semalam), sebelum reman dilanjutkan selama tiga hari lagi bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Hamzah berkata, dalam masa sama polis juga menjumpai rangka motosikal Yamaha 125Z di rumah suspek yang dilaporkan hilang pada tahun lalu di kolej sama.

“Suspek pertama mengakui kes tersebut dilakukan sendiri olehnya pada tahun lepas. Justeru, kita percaya telah berjaya menyelesaikan dua kes dengan tertangkapnya tiga suspek ini,” katanya.

-SInar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");