Perak Hari Ini

30,000 Belia Sertai Festival Belia Perak 2015

IPOH: Seramai 30,000 golongan belia dari seluruh negeri Perak dijangka akan atau telah pun mengunjungi sambutan Festival Hari Belia Negara peringkat negeri Perak 2015.

Festival yang akan berlangsung selama lima hari bermula pada 23 April yang lalu sehingga 27 April 2015 itu bertemakan ‘Showcase of talent’.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam ucapan perasmiannya berkata, program seumpama itu perlu dianjurkan untuk mengetengahkan bakat anak muda di negeri Perak.

“Kalau kita lihat perubahan yang berlaku pada masa ini, mereka amat berbeza dengan generasi terdahulu.

“Kerajaan Negeri berusaha untuk mendalami dan memahami golongan ini sebagai contoh kita cari pendekatan baru untuk mendekati mereka,” katanya.

PERAK TODAY 16

Beliau berkata lagi, pendekatan yang digunakan dalam penganjuran karnival belia berkenaan adalah bertepatan berikutan banyak bakat yang dapat ditonjolkan oleh golongan muda di negeri itu.

“Saya suka pendekatan yang digunakan dalam festival kali ini dan berkemungkinan selepas ini kita akan adakan setiap tahun yang mana saya mahu lihat Majlis Belia di negeri kita akan buat ‘Festival of Talent’.

“Kita lihat ramai anak muda yang mempunyai bakat yang luar biasa dan kita tidak pernah tengok, tetapi mereka mampu menunjukkan sesuatu yang hebat,” tambah beliau lagi.

PERAK TODAY 5

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pihaknya menyambut baik mengenai cadangan Menteri Besar Perak itu.

“Kita mengambil maklum mengenai hasrat beliau supaya festival belia Perak ini dijadikan festival penyerlahan bakat anak muda yang akan dimulakan pada tahun ini.

“Beliau ianya dikembangkan lagi menjadi festival belia Perak yang bertemakan ‘Festival of talent’ yang mana itulah konsep yang beliau inginkan,” katanya dalam sidang media di sini.

PERAK TODAY 2

Beliau juga berkata, pihaknya amat berterima kasih dengan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan golongan belia tidak kira daripada segi aktiviti dan juga sukan.

“Kita juga bersyukur kerana beliau telah menyerahkan replika cek berjumlah RM500,000 kepada Majlis Belia Negeri Perak untuk tujuan pengupayaan generasi muda dan agar MBN Perak mengadakan program dan juga majlis-majlis belia daerah.

“RM500,000 lagi kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang boleh digunakan lebih kepada program berkenaan sukan bagi golongan muda dan juga Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negeri Perak,” ujar beliau lagi.

Sebanyak 35 program dilaksanakan serentak sepanjang Festival Hari Belia Negara peringkat negeri Perak 2015 berkenaan berlangsung antaranya daripada pameran, karnival pendidikan, sukan dan juga program berbentuk kerohanian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");