Perak Hari Ini

3,397 Orang Berdaftar Menjadi Ahli Baharu UMNO Perak

IPOH: Lebih 3,000 orang telah berdaftar sebagai ahli baharu bagi parti UMNO dalam Program Jelajah Kempen Penambahan Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia peringkat negeri Perak.

Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jumlah tersebut menunjukkan usaha keras kepimpinan UMNO di peringkat negeri untuk menarik lebih ramai untuk mendaftar sebagai ahli bagi parti itu.

Katanya, usaha berkenaan merupakan salah satu langkah persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan tiba tidak lama lagi.

“Usaha ini adalah yang terbesar dalam menambahkan bilangan ahli UMNO iaitu sejumlah 3,397 orang yang telah pun didaftarkan menjadi ahli UMNO.

“Ini merupakan satu usaha yang amat kita alu-alukan untuk memastikan supaya kesiapsiagaan kita berhadapan dengan PRU14 dengan cara meramaikan ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program tersebut di Bangunan UMNO Perak di sini, hari ini.

PERAKTODAY1 (17)

Beliau yang merupakan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilihan UMNO Malaysia juga telah meminta kepada barisan kepimpinan agar turut menarik golongan muda untuk menjadi ahli parti berkenaan.

“Saya sudah meminta kepada mereka supaya dalam usia 21 tahun keatas untuk didaftarkan menjadi pengundi kerana mereka merupakan anak-anak tempatan negeri Perak yang datang dari seluruh pelusuk kampung dan bandar.

“Ini kerana, kita telah mensasarkan seramai mungkin untuk menjadi ahli UMNO dan sebagai pengundi kerana kita tahu bahawa bilangan anak muda ini agak besar,” tambah beliau lagi.

Ujarnya, usaha dan langkah yang proaktif perlu diambil oleh barisan kepimpinan parti bukan sahaja UMNO malahan Barisan Nasional (BN) serta parti komponennya dalam memastikan UMNO mampu mencapai kejayaan dalam PRU14 yang akan datang.

“Saya telah mengadakan mesyuarat dengan parti-parti kompenan BN, MCA, Gerakan serta parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk memastikan supaya mereka juga dapat menggerakkan tenaga mereka untuk meramaikan ahli dan berdaftar sebagai pengundi.

“Hal ini telah saya sebutkan dalam ucapan tadi supaya membudayakan perkasakan parti dengan budaya-budaya seperti meramaikan ahli serta pengundi, melakukan amalan-amalan selaku ahli UMNO dan berkhidmat kepada masyarakat.

PERAKTODAY2 (13)

Sementara itu, beliau berkata, kebanyakkan ahli yang menyertai pembangkang telah menyertai UMNO semula kerana sedar bahawa parti itu memainkan peranan penting dalam kepimpinan negara.

“Mereka sedar bahawa UMNO merupakan satu landasan yang selama ini dimana bukan hanya orang melayu tetapi juga bukan melayu melihat bahawa ia mampu menstabilkan keadaan politik dan juga ekonomi di negara kita ini.

“Penting untuk kita memastikan yang mana setiap orang yang masuk dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan ahli UMNO dahulu.

“Kita perlu tambat hati mereka kerana kita bukan hanya daftar ahli yang baru bahkan perlu ada usaha untuk memastikan yang dahulu memberikan sokongan kepada UMNO kembali

Jelasnya, permasalahan yang berkemungkinan berlaku di peringkat akar umbi dahulu perlu diatasi dan diselesaikan bagi menarik minat mereka semula untuk menyertai UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");