Perak Hari Ini

ADUN Canning Diarah Keluar Sebab Ganggu Perbahasan

IPOH: Wakil rakyat Canning, Wong Kah Woh diarahkan keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas melanggar peraturan yang telah ditetapkan dewan.

Speaker, Datuk Seri SK Devamany mengarahkan wakil rakyat DAP itu keluar apabila beliau mengingkari arahan agar tidak mencelah perbahasan Adun Temengor, Salbiah Mohamed.

Perbahasan itu berkaitan dakwaan pihak pembangkang terhadap Kerajaan Negeri berhubung tiada bantuan kepada diberikan kepada masyarakat Orang Asli di negeri Perak ketika mereka dilanda musibah banjir.

Kah Woh hanya dibenarkan untuk kembali masuk ke dewan pada esok (Jumaat) selain dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan lanjut.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, Salbiah berkata, sebagai seorang wakil rakyat yang telah lama berkhidmat, Kah Woh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta yang tidak benar.

“Tetapi, apabila dibangkitkan isu masyarakat Orang Asli yang tidak diberi bantuan atau dipinggirkan oleh Kerajaan Negeri, ia jelas satu pembohongan.

“Seharusnya sebagai seorang wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat, beliau merujuk dahulu fakta yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan berkenaan dibuat hanya berdasarkan fakta daripada pihak pembangkang yang datang ke kawasan penempatan masyarakat tersebut.

“Ini kerana Tasik Temenggor itu kawasan saya, saya tahu apa yang diperlukan dan Kerajaan Negeri telah lakukan.

“Bagaimana wakil pembangkang boleh dengan mudah mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta yang dikeluarkan oleh mereka yang pergi ke sana tanpa mengetahui fakta sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga mencabar wakil rakyat berkenaan mengemukakan bukti yang menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli tersebut tidak menerima bantuan.

“Saya cabar Adun Canning dan kalau betul fakta yang diberikan, di mana masyarakat orang Asli yang tidak mendapat bantuan?

“Jangan bercakap tanpa fakta… buat pembohongan yang hanya sekadar untuk menggula-gulakan rakyat kononnya mereka pejuang kepada masyarakat terutamanya Orang Asli.

“Jangan jadi jaguh kampung di tempat saya, ” kata Salbiah lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");