Berita Hari Ini

AEC buka laluan FTA ASEAN-EU

KUALA LUMPUR 26 April – Pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) akhir tahun ini bakal membuka laluan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara rantau ASEAN dengan Kesatuan Eropah (EU).

Pesuruhjaya Perdagangan Eropah, Cecilia Malmstrom berkata, EU komited untuk mempunyai FTA antara rantau dengan rantau bersama ASEAN, namun pelbagai aspek perlu diperhalusi bukan sahaja daripada segi politik tetapi juga ekonomi.

“Kita mengambil pendekatan yang pragmatik, realistik dan selangkah demi selangkah tetapi matlamat akhirnya adalah untuk mencapai FTA antara rantau (EU) dengan rantau (ASEAN),” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM)-EU di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, EU merupakan pelabur terbesar di rantau ASEAN dengan nilai pelaburan sebanyak AS$94 bilion (RM335.9 bilion) dalam tempoh dari 2010 hingga 2013.

“EU adalah rakan dagang kedua terbesar kepada ASEAN dan jumlah keseluruhan dagangan antara EU dengan ASEAN dianggarkan AS$ 246.2 bilion (RM879.9 bilion). – UTUSAN ONLINE

-Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");