Jenayah

Amukan nombor VIP

KUALA LUMPUR – Gara-gara gagal mendapatkan nombor khas (VIP), seorang peniaga kereta terpakai mengamuk sebelum menyimbah cat di kaunter perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kejadian berlaku pada jam 12.06 tengah hari, berhampiran Jalan Ampang.

Menurut Zainol, lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu datang ke pusat perkhidmatan syarikat berkenaan untuk meminta 10 nombor VIP.

“Bagaimanapun suspek hanya diberikan dua nombor. Suspek yang tidak berpuas hati kemudiannya mengugut akan membuat kacau jika syarikat berkenaan gagal memenuhi permintaannya.

“Selang dua hari kemudian, suspek datang semula ke syarikat berkenaan untuk menuntut baki lapan nombor lagi, namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, akibat rasa tidak puas hati, suspek mengamuk dan menjerit-jerit sebelum memanggil kira-kira 10 rakannya dan membuat bising.

“Pada masa sama, suspek menyimbah cat berwarna kuning di ruang legar kaunter berkenaan.

“Ekoran kejadian itu, kita menahan suspek dan seorang lelaki berusia 45 tahun,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati mereka yang ditahan tiada rekod jenayah lampau.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");