Sukan Hari Ini

Annuar kesal insiden bakar suar

SAMA ada kebetulan atau sengaja dirancang, ia kurang pasti namun tindakan Ultras Kelantan dan Selangor membakar suar hampir serentak sejurus berakhirnya pertemuan kedua-dua pasukan itu pada aksi Liga Super di Kota Bharu, Sabtu lalu, cukup dikesali.

Bukan setakat membakar suar, malah ultras pelawat membakar mercun selepas pasukan mereka tewas 1-2 pada perlawanan itu.

Tindakan kedua-dua ultras itu memungkinkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berdepan denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak lama lagi.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak melihat insiden bakar suar setelah keluar lebih awal dari Stadium Sultan Muhammad IV, namun jika perkara itu berlaku, ia mendukacitakan bagi bola sepak Kelantan.

“Saya selalu beritahu bola sepak ini sukan yang ada peraturan, sama ada di dalam atau pun luar padang. Itu ertinya sukan tetapi kalau sesuatu itu yang dinamakan peraturan, maka tidak usahkan kita sengaja melanggarnya.

“Kalau semua orang menjaga tertib, menghormati peraturan sudah pasti sukan itu akan lebih harmoni. Kita tahu sukan ini melibatkan ramai penonton, ramai pemain dan disiplin menjadi perkara yang sangat penting,” katanya.

Menurutnya, selaku tuan rumah, Kelantan perlu bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan termasuk tindak-tanduk penyokongnya bagi memastikan perlawanan lancar.

“Sesetengah orang mentafsir apabila wisel dibunyikan, ia dikira di luar perlawanan maka bolehlah bakar suar tetapi nasihat saya tiada kelebihan pun (bakar suar) kerana tidak kena pada masanya sementelah penyokong masih dalam stadium,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");